Wednesday, 18 July 2012

Me as a future wife....

Assalamualaikum!
Halooooo Peeps! :)
 
 
 
so tell me, are you happy with me?
Huahua! Entah apelaa yang aku merepek pukul 1 pagi nie kan.. :DD entahlaa, sedang jealous maybe? Hikhik :D trying to be tough anyway.. :)


IGNORE IT ALINA!
trust is the best policy in a relationship.

"to create the best relationship is by not expecting it the best relationship"

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

aku ade dengar orang cakap, dye rela couple sampai bile-bile daripada mengikat tali perkahwinan. sebab bagi dye, perkahwinan tu lebih menyusahkan and lebih banyak risiko untuk bertelingkah.

but for me, I WANT TO BE SOMEBODY'S WIFE.
aku nak juge digelar 'kekasih halal'.

i ask my mom,
me : mak, kalau laa ade orang datang masuk meminang ina waktu umur ina muda lagi and dye betul-betul ikhlas mak terima tak?
mak : ape salahnye.. lagi elok laa kahwin awal. Boleh elak fitnah. Tapi mak akan make sure laa dye tu betul-betul ikhlas and lurus niatnye kerana Allah SWT. And mak akan make sure jugak laa yang kamu waktu tu dah ready.
 
Hahaha :D terase lawak pulak tanye soalan macamtu. Tapi itulah dye. If I  am destiny to be a wife, insyaAllah aku akan jadi wife yang menenangkan suami aku nanti. Itulah sebaik-baik perhiasan di dunia! :DD



 

Wednesday, 11 July 2012

Books Review #1


Thanks Zaem and kak Ni-Ah for lending me these books.
sekarang nie aku tengah baca due buku nieh and so far, memanggggg seronok. buku yang english tu Zaim bagi tengahari tadi waktu balik and buku Ustazah Fatimah Syarha tu kak ni-ah dah bagi lame dah.

from buku ang kak ni-ah bagi tu... aku sangat terharu and sangat tersentuh dengan ape yang dye tulis. even, aku dah boleh faham konsep cerita yang ustazah fs tulis and aku tahu benda tu likely what happen dalam life dye, but aku selalu nak baca jugak..

yang zaim bagi tu aku baru aca sikit and memang menyuntik semagat aku nak buat orang SMILE. aku nak orang smile and rekindle their spirit because of what i said..
AWEEESOMMEEE kan? :D

"I needed to learn to open my heart and give love without requiring anything in return."
Alan Cohen

------------------------------------------------------------------------------------

*WILL BE UPDATED*

Wednesday, 4 July 2012

Nifsu Syaaban


Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
“ Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri. Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.” ”
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.


Friday, 29 June 2012

Roommate :D

Siape nak jadi roommate saye?
Qualification :
# pengemas (sebab saye suke buat sepah :D)
# telinga yang kebal (sebab saye suke bising bile orang lain buat sepah bilik hewhew :D)
# pendengar setia (sebab saye ade penyakit ‘moodswings’ ;))
# kelakar (because I  need to be pamper)
# HONEST (because I really need someone who is willing to criticised me)

Bhahahaha! Suddenly aku terase nak ade roommate. After dapat tahu atyn nak pindah rumah ros sebab family dye nak pindah tempat lain and kat tempat tu takde aliran sains sukan [which now atyn tak jadi duduk rumah ros sebab ayah dye sakit balik and dye terpakse belajar sains sukan sendiri. Kesian dye.. :(] best what ade roommate nie.. lagi-lagi yang sebaye kan.. sharing our thoughts, study same-same, buat kelakar sebelum tido, gossip, bangun qiam same-same…. Macam-macam laa benda boleh buat kalau ade roommate nie.. :D plus, kalau kite down pun, akan ade yang selalu ade kat situ untuk dengar and lend their shoulder for us to cry on. Its not aku cakap aku nak ade roommate sebab nak kongsi benda sedih jee, but sharing tu. Tak kisah laa ape pun, sharing tu akan buat kite rase sangat dihargai.
Which yang jadi dekat me and my twin recently. Dari week exam sampai laa bukak sekolah, we’re like……..further apart. Memang aku ade terase dengan situation tu tapi aku just pikir yang maybe she doesn’t need me to share her story. Sebab dye happy dengan khai kann.. so, okay, aku pun takdelaa cerita ape sangat dengan dye. Takut nanti dye kate aku asyik merengek je.. :D hewhew. tapi actually, it is a different situation.
                                                                                                                                                                                                Dye hantar text dekat aku :


(click to enlarge)

BHAHAHA.. macamtulaa friendship kitorang, kejap suram, kejab gelak, kejap ini, kejap itu.. macam-macam ragamlaa..
Sabtu lepas kami p minum berempat, aku anoi ros fuziah, aku cakap pasal roommate nie. Then fuziah bagi idea duduk rumah kak ngah dye sebab kak ngah dye takut nak duduk rumah sorang-sorang dengan afrina. Yelaa, dye kan baby lagi. Takutlaa papehal jadi nanti. Sekarang nie pun, cuti sabtu ahad je kak ngah dye balik rumah dye. Dekat je pun dengan rumah fuziah. Aku pun macam tak ambik serius sangat sebab kakak dye pun macam newlywed, so takut laa dye tak selesa ke ape ke.. tuptup, balik tu fuziah cakap, kak ngah ngan abg ngah dye kate okay. Aku pun…….seriously?? bhahaha..
Tapi benda nie benda besar laa jugak. Kena slowtalk dengan parents dulu. Duduk rumah orang pulak tu. Plus, aku bukannye ade keperluan mendesak pun. Karang mak ayah aku kate ape pulak. And aku pun nak roommate takdelaa sampai nak pindah rumah orang pulak.. then abg ngah IMchat aku tanye pasal benda tu. Sebab dye dah nak beli almari untuk aku. HUHH???
adoi adoiii.. sampai camtu sekali bang ngah?
Aku pun tak pikir pasal benda nie seriously, aku just pop-out je cakap nak roommate. Bukan housemate. Aduyaii.. so, now I have to give solid answer to say no. sebab kesian jugak dekat kak ngah. :D

Thursday, 14 June 2012

HAPPY SEVENTEEN!

12TH June 2012
Hari nie hari jadi Amar.. semalam aku dah plan gile-gile dengan awek dye si Qiekie tu nak prank dye. Dye suke sangat buli aku so, memandangkan hari nie birthday dye…………. Hewhew. :DD
huhu.. kitorang plan balik tu nak kenakan dye dengan tepung, telur tembelang laa ape semue then aku tunggu kat park moto punye lame then I saw him dah bermandi tepung.. sounds childish, tapi nie laa peluang aku. ngehee.. :DD aku lari pegi kat erra ngan qiekie amek tepung. Ade dalam beg kertas cantik. Memey tak sangke laa tu tepung kan.. :D
Then aku pun kejar dye.. suddenly, si gemok raksaksa gergasi dari planet mane halang laluan aku and upon dye mengelak dye terselit kaki aku!! OMA!! Aku terpelanting and jatuh bedebap macam buah nangke!! Ouchhh!!! Dengan muke malu, semue orang tengok macam terdiam and kesian sangat dekat aku tapi takde yang nak tolong. Depan budak laki pulak tu. Duhh! Mengongnyeee… malu gilaaa…
Then aku bangun cepat-cepat and tabor tepung atas kepala amar yang memang kesian kat aku tak mengelak pun. Aku buat camtu nak cover malu je pun.. tapi kurang asam dyorang kenakan aku sampai berdarah-darah lutut aku dua2 belah and tapak tangan aku. heshhh! Miong! Luke aku dah pedih gilaa and orang dah start gelakkan aku, aku pun blah pegi dekat anoi terjengkot-jengkot. Anoi tolong basuhkan luke aku ape semue then amar datang dari belakang and baling telur busuk gilaa dekat aku! bengongggg!!!
Grrrr!! Aku memang dah panas hati and rase nak menangis dah dyorang buat aku camtu.. heee!! Tapi, takpee Amar Halid, aku cari kauuu!

13TH June 2012
Birthday KHOO SOOK MUN pulakk! Yeayyy! Nie my twin yang lain rupa, lain agama and lain mak bapak and segala-galanye laa. :D  kebetulan dye duduk sebaris ngan meja aku so, she does very special to me. Semua student 5p1 2012 memang special laa! With them, I don’t have to fake. Tudung serabai pun takde masalah, aku bersin pun dyorang gelak, aku sedih dyorang yang comfort kan. They are part of my life. Memang tak tahu nak bayangkan when the last day kami duduk exam SPM nanti. When it’s all over. Hmmm… [macam cerita GLEE pulak kann.. :DD]
So, macam biase, kitorang nyanyi lagu happy birthday and wait for something special untuk bagi surprise kat dye, then anoi kate ade kek tapi tak bagi kecoh-kecoh, so aku pun diam jelaa. Waktu rehat anoi tarik suruh aku rehat ngan amoi gebu tu and kire apit dye bile masuk kelas nanti. Tu memang kerja aku pun setiap kali nak buat surprise, so aku buat laa. Masuk je kelas semua orang bising-bising and nyanyi lagu happy birthday. Aku pun ikot same then Yih Chiann tarik aku pergi dekat kek sekali and aku tengok ade name aku laa! Hahaha! Seriously aku tak boleh bayang ape ape and tak expect pun..
Terharu gilaa aku time tu, yelaa.. kek SECRET RECIPE kott.. :D ade caramel kat dalam dye.. :DD tapi sorang pun tak bawak camera. Adehhh.. then Yen Ling pun bagi aku bawak balik kotak, dye memang tahu aku nie ‘trash collector’. [wrapper Fererro Rocher and strepsils yang Yih Chian bagi pun aku simpan, nie kan pulak kek tu.. bahan bukti kott.. :D]


Anw, thanks sangat kat dyorangg.. terharu sangatt.. :’)

14TH June 2012

 
age of seventeen?? :DD
Finally it’s my birthday peeps! Yeayyyyy!!! Enset aku dah berbunyi dari pukul 11.30 lagi. Si qiekie send mesej.. whohaa.. tak sangke dye hantar mesej yang touchy you.. :D then followed by my arjuna, my darling, my sayang, my everything.. and tak kurang jugak yang post kat fb tu yeahh. Then aku pegi sekolah dengan mood yang bagus. :D [I’M BIRTHDAY GIRL!] Seriously, aku tak pernah se-happy nie dalam birthday aku. and my bf selalu takde time birthday aku.. tapi takpee, dye dah tebus dulu dah.. ngehee.. :D
Orang wish aku, nyanyi lagu happy birthday kat perhimpunan, aduhh.. I nearly burst into tears you know.. terharu sangat.. then jumpe fara saidin, wish my birthday and dye nak ajak kelua.. yeay!! I demand pasta secret recipe taw fara.. :D pastu after recess anoi ajak jumpe kema. Haduhh, merepek-repek je alas an dye ajak aku kelua hari nie. Then aku ikot jelaa, bile dye dah muncung bile aku taknak ikot. Aku nampak kema ros fuziah tutup pintu bile nampak aku.. dalam hati tahu something wrong and malas nak banyak bunyi aku ikut je.. then dyorang pun, SURPRISE!! Ros buat special chocolate cake untuk aku woooo!!!! Thank you thank you thank you ros amira rosli!
Then makan-makan, aku balik kelas, kiss-kiss hug-hug semue orang termasuk ros, orang yang aku tak expect aku akan rapat and akan pergi kat dye bile aku rase nak nanges. Tapi aku still tak lupekan fuziah though aku jarang cerita pasal dye. :) balik tu I’m freaking nervous takut dyorang nak prank aku lagi then aku mintak anoi keluar cepat-cepat. :D

Petang tadi kami pegi pasar malam sebab ros ajak then anoi tak dapat pergi and mintak jumpa dekat tasek je. then we meet up. Aku nampak fara ika nazia kat situ and ros desperate nak balik sebab takut gaduh ngan ijat lagi. Then I let her. Kesian pulak tengok dye nanges nanti.. emm.. then, faratyra ajak pergi dekat dye, I was like…WTH? Then biaselaa, kena prank lagi! Kek choc!
Soon after, dyorang main satu game yang aku paling tak suke! TEPUNG! Adehh.. balik sekolah tu dahlaa aku demam, serius tak larat. Then boleh main tepung pulak.. hampehlaa.. -___________-“
Lame jugaklaa perang tepung. :D



Then kitorang balik and dapat present dari orang yang aku paling benci! Next time laa story. Tak best pun. So, thanks to everyone for brightened my day. Yeay!!

p/s : thanks a lot for being dishonest and hurt me. Kuat tacink? Unmatured? I’m a human, shouldn’t I feel hurt? Huhhh!


Monday, 11 June 2012

Jilbab and Khimar

Apa itu aurat? Dalam Syarah Sunan Ibnu Majah juz 1/276, disebutkan, bahwa aurat adalah kullu maa yastahyii minhu wa yasuu`u shahibahu in yura minhu (setiap yang menyebabkan malu, dan membawa aib bagi pemiliknya jika terlihat)”.
 Berkaitan aurat wanita, ada 3 istilah penting di dalam al-Quran yang mempunyai maksud berbeza iaitu:
Jilbab (Al-Ahzab: 59)
Hijab (Surah al-Nur)
Khimar (Surah al-Nur: 31)

Ikuti penerangan di bawah. Dipetik daripada novel  Sebarkan Cinta-Mu

"Ummu Qasdi: Wanita Arab kebanyakannya memiliki jilbab (jubah) yang sangat tebal, keras dan tidak membentuk badan sedikitpun. Oleh sebab itulah khimar atau tudung kepalanya singkat. Ia sudah memenuhi kehendak menutup aurat. Sementara di Malaysia, jilbab (baju kurung dan jubah) kita adalah nipis dan agak menampakkan potongan badan. Oleh sebab itu kita dianjurkan memakai khimar atau tudung kepala yang labuh."

Qasdi               : Hmm, balik kepada diskusi kita. Silakan mengkritik saya seperti mereka.
Ummu Qasdi   : Saya cuma ingin berdiskusi bukan kritik-mengkritik.
            Qasdi               : Baik. Apa jawapan awak untuk soalan saya? Kenapa Islam
                                    memenjarakan wanita dengan memerintahkannya bertudung? Ia
                                    ajaran Islam atau hanya tradisi?
            Ummu Qasdi   : Bagus sekali soalan ini. Ia sudah tentu memberat juga
                                    di minda anak-anak gadis yang lain.
Ummu Qasdi   : Bagi Orientalist, hijab itu cumalah tradisi Arab tidak kira untuk apa jua agama termasuk Yahudi dan Kristian. Mereka yang berhijab dianggap anti-sosial. Itu kefahaman Barat bukan kefahaman Islam.
Qasdi               : Ada juga bijak pandai Muslim yang percaya begitu. Saya sendiri telah membaca tulisan mereka.
Ummu Qasdi   : Mereka sedang keliru dengan hujah Barat. Doakan Allah pandu mereka kembali.
Qasdi               : Saya yakin mereka berkata begitu dengan bukti dan kajian kerana saya mengenali sendiri orang Barat sebagai bangsa yang suka mengkaji. Saya kini berada di negara Barat.
Ummu Qasdi   :Ya, budaya mengkaji sebenarnya hikmah orang-orang Islam yang hilang. Di manapun kita menemuinya, kita mesti mengutipnya kembali.
Qasdi               : Betulkah ada Muslim sebaik orang Barat?
Ummu Qasdi   : Awak mungkin belum menemuinya.Orang Islam yang mengkaji dan berakhlak akan mempunyai nilai yang jauh lebih indah dan suci. Saya akan berdoa moga awak akan menemuinya.
Qasdi               : Kalau awak tahu situasi saya di sini, hijab ini menyebabkan saya menjadi rendah diri terhadap lelaki. Bukankah ini satu diskriminasi wanita? Saya rasa tidak merdeka. Apapun, saya tahu, saya sedang keliru. Maka, saya masih tidak meninggalkan hijab saya.
Ummu Qasdi   : Kekeliruan itu lumrah bagi insan yang mengkaji. Ia akan terlerai menjadi hujah yang teguh apabila kajian diteruskan dengan adil dan banyak berdoa.
Qasdi               : Sila jelaskan hujah awak.
Ummu Qasdi   : Firman Allah SWT dalam sumber agung kita, al-Quran al-karim yang bermaksud, “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘Hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’” Surah al-Ahzab, ayat 59.
QasdI              : Bagaimana pula dengan segelintir cerdik pandai Muslim yang menafsirkan ayat ma zoharo minha (apa yang biasa nampak), dalam Surah al-Nur, ayat 31, termasuk boleh mendedahkan rambut kerana rambut itu biasa nampak.
Ummu Qasdi   : Firman Allah selengkapnya bermaksud, ....dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka selain yang biasa nampak (ma zoharo minha). Majoriti ulama menafsirkan apa yang biasa nampak ialah muka dan tapak tangan. Itu juga tafsiran Ibnu Abbas yang memang digredkan sendiri oleh Rasulullah SAW sebagai pakar tafsir.
Qasdi               :Kalau benar hijab itu ajaran Islam, bagaimana Islam melayan wanita secara sama dengan kaum lelaki dalam hal ini?
Ummu Qasdi   : Islam telah meletakkan banyak persamaan antara wanita dan lelaki dalam nilai kemanusiaan, hak untuk beribadat, bermuamalat, mendapat pendidikan dan sebagainya. Cumanya Islam tidak meletakkan persamaan secara mutlak.
Qasdi               :Kenapa?        
Ummu Qasdi   :Kerana Islam memiliki konsep yang lebih luas iaitu keadilan. Apa yang awak faham tentang keadilan?
Qasdi               : Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.
Ummu Qasdi   : Bijak!  
Qasdi               : Terus...                     
Ummu Qasdi   : Bagaimana Islam boleh memberikan persamaan mutlak kepada lelaki dan wanita sedangkan biologi merekapun ternyata berbeza. Ini menyebabkan peranan mereka terhadap keseimbangan kehidupan ini juga agak berbeza. Contoh yang jelas, wanita mampu melahirkan tetapi lelaki tidak mampu. Maka tugas melahirkan itu diletakkan kepada wanita.
Qasdi               : Itu terlalu jelas, tidak siapapun mempertikaikannya. Bagaimana pula dengan soal mendidik anak contohnya. Kenapa wanita perlu lebih memberi perhatian di rumah berbanding lelaki?
Ummu Qasdi   : Bukankah kelembutan dan kasih sayang seorang wanita itu menyebabkan jiwa anak lebih mudah dilentur? Malah, secara fitrah, anak lebih menyayangi ibu berbanding ayah kerana ibu lebih banyak mendampingi dan menguruskannya. Malah, Islam menganugerahi darjat ibu 3 kali ganda lebih utama daripada darjat ayah. Nah, tanggung jawab berat seorang ibu berbalas cinta mendalam seorang anak. Apa lagi yang perlu dicemburukan pada kaum ayah jika mereka kurang memperhatikan anak?
Qasdi               :Berbalik pada soal hijab...
Ummu Qasdi   : Hijab atau jilbab?
Qasdi               : Bukankah ia sama?
Ummu Qasdi   : Sama tapi tidak serupa. Hijab lebih luas maksudnya. Ia mencakupi segala sesuatu yang menjadi pemisah antara lelaki dan wanita termasuklah jilbab dan khimar. Jilbab lebih spesifik.
Qasdi               :Jilbab dan khimar?
Ummu Qasdi   : Jilbab itu dalam Bahasa Arab bermaksud baju labuh dan longgar dan menjulur hingga ke bawah seperti jubah dan baju kurung atau baju mana-mana budaya lain yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Islam. Islam sebagai agama sedunia (a’lami) mempunyai toleransi kepada adat dan budaya selagi ia tidak bercanggah syariat.
Qasdi               :Khimar pula?
Ummu Qasdi: Khimar adalah tudung kepala. Ia juga wajib sebagaimana disebut dalam Surah al-Nur.
Qasdi               : Kenapa ramai wanita Arab yang belajar di sini memakai jubah yang tebal tetapi tudungnya singkat? Adakah sempurna auratnya ditutup?
Ummu Qasdi: Wanita Arab kebanyakannya memiliki jilbab (jubah) yang sangat tebal, keras dan tidak membentuk badan sedikitpun. Oleh sebab itulah khimar atau tudung kepalanya singkat. Ia sudah memenuhi kehendak menutup aurat. Sementara di Malaysia, jilbab (baju kurung dan jubah) kita adalah nipis dan agak menampakkan potongan badan. Oleh sebab itu kita dianjurkan memakai khimar atau tudung kepala yang labuh.
Qasdi               : Kalau begitu, bicarakan  pula hijab dengan definisi yang luas.
Ummu Qasdi   :Baiklah. Nuansa kecantikan pada wanita berbeza dengan lelaki. Lelaki secara fitrahnya ingin menikmati keindahan ini. Maka, Islam datang melindungi wanita dengan mengatur cara yang mulia dan bermaruah untuk lelaki meneguk keperluan biologi ini. Bukan sewenang-wenang. Wanita juga tidak lengkap tanpa lelaki. Islam meletakkan batasan. Hijab salah satu ubat supaya dapat menjaga batasan.