Tuesday, 20 December 2011

LELAKI


My dear beloved peeps, kali nie I want to share a little bit about MEN yang buat aku sentiase termenung after bace. Taknak tulis banyak, just blank yr mind and hayati poem yang diterbangkan dari Damsyik, Syria. [ a place I would  loveee to go one day ]

Dulu,
Bila disebut lelaki, wanitanya mendongak megah.
Lelaki kami Asadullah, Saifullah.
Tokoh ramai tak terkira.
Kini,
Bila disebut lelaki, wanitanya menunduk lemah.
Lelaki kami sikit sekali.
Ramainya boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki, wanitanya tenang di hati.
Lelaki kami menjaga, melindungi.
Kini,
Bila disebut lelaki, wanitanya mahu cabut lari.
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seseorang teraniaya, sepasukan kuda putih datang membela.
Al-Mu’tassim kebanggaan wanita.
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara.
Fatimah diperkosa minta dibela.
Lelaki tunduk, lemah tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya, lelaki memagari sehabis daya.
Tiada siapa berani menggoda.
Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya, lelaki tak kisah auratnya terbuka.
Wanita dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai nyawa dah harta.
Untuk mengangkat kemuliaan agama.
Kini,
Lelaki menggadai agamanya.
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah.
Kental berjihad, tekun berdakwah.
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah.
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki bermatian memperjuangkan deen dan ummah.
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh.
Kini,
Lelaki memperjuang diri dan kroninya.
Hingga sanggup membunuh,.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh.
Angkatannya kuat dan teguh.
Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah.
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah LELAKIKU.
Pada KELAKIANMU.
Kami rindu lelaki DULU.
Acuan MADRASAH RASUL.

Setulus kasih dari Damsyik, Syria.

Emm. Actually, I adapted this poem from the book that I read. Syabab Musafir Kasih by my very favourite author, Fatimah Syarha. Best novel nie.. kalau rajin, pergi laa review. Fatimah Syarha banyak hasilkan buku buku yang inspired people. Terutame youths yang nak bercinta ikot syariah Islam. Semoga lepas bace, dapat beramal. Aaminnn..

No comments:

Post a Comment