Wednesday, 21 December 2011

It all MIXED UP into ONE!

Mood : SEDIH.
Bukan sebab si H.S tu.. tak.. dye tak buat hal. Haha! ILY H.S! :’)
Dahtu pasal sape? Pasal adelaa sorang lelaki nie. Hmm. EX. Dye macam xxxxx je! Grrr -_____-“
Dye block aku pastu dye unblock balek, aku tak approve, dye panggil aku MOTHERFUCKER pulak.. eeeeeeee!
Aku benci dye! Tapi hati aku terusik gilababeng dye cakap camtu! [ sensitive jugak aku nie. Baru perasan~~ ]
Dahlia, STOP laa cakap pasal dye, aku saket hati.

nie feedback aku dapat dari posting on FB.


 




 sayang kaorang!

ANY UPDATE LAGI?

Ade. Nikon Journey nak aku jadi freelance model dyorang. But I say NO.

.
hmm.
 Merepek kan? Haha. Tapi nie sebab perubahan yang aku baru nak buat nie. Taknak menonjol sangat. baek dalam Fb, Twitter or Blogger.  That’s why Blogger for VVIP saje okay. So, if you have acces to sillyscarytale, consider yrself lucky. :)



p/s : NIKAH KHITBAH ?? :) plus, Fara Saidin ajak aku makan SECRET RECIPE tadi. tak dapat makan! sebab babysitting! fara, i nak jugakkkkk! D':

How to Trace A Liar

Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda – tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki / wanita anda dan si dia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Tuesday, 20 December 2011

Purdah

Purdah? Ape yang buat aku nak cerrta pasal purdah nie? Semakin aku usya pictures orang pakai purdah nie, semakin lawa pulak aku tengok. Aishh. Terbuka hati nak berpurdah ke? Mak aii.. jauh lagi perjalanan.
Too good to be true. :)
However, aku malas nak tulis banyak just few days back aku banyak think about this stuff. Tak caye dyorang cantek? Take a look.











  cantek kan? nie laa beauty beneath. tu still tertutup wajah dyorang. kalau tunjuk depan mahram? Masya-ALLAH!

LELAKI


My dear beloved peeps, kali nie I want to share a little bit about MEN yang buat aku sentiase termenung after bace. Taknak tulis banyak, just blank yr mind and hayati poem yang diterbangkan dari Damsyik, Syria. [ a place I would  loveee to go one day ]

Dulu,
Bila disebut lelaki, wanitanya mendongak megah.
Lelaki kami Asadullah, Saifullah.
Tokoh ramai tak terkira.
Kini,
Bila disebut lelaki, wanitanya menunduk lemah.
Lelaki kami sikit sekali.
Ramainya boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki, wanitanya tenang di hati.
Lelaki kami menjaga, melindungi.
Kini,
Bila disebut lelaki, wanitanya mahu cabut lari.
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seseorang teraniaya, sepasukan kuda putih datang membela.
Al-Mu’tassim kebanggaan wanita.
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara.
Fatimah diperkosa minta dibela.
Lelaki tunduk, lemah tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya, lelaki memagari sehabis daya.
Tiada siapa berani menggoda.
Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya, lelaki tak kisah auratnya terbuka.
Wanita dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai nyawa dah harta.
Untuk mengangkat kemuliaan agama.
Kini,
Lelaki menggadai agamanya.
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah.
Kental berjihad, tekun berdakwah.
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah.
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki bermatian memperjuangkan deen dan ummah.
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh.
Kini,
Lelaki memperjuang diri dan kroninya.
Hingga sanggup membunuh,.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh.
Angkatannya kuat dan teguh.
Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah.
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah LELAKIKU.
Pada KELAKIANMU.
Kami rindu lelaki DULU.
Acuan MADRASAH RASUL.

Setulus kasih dari Damsyik, Syria.

Emm. Actually, I adapted this poem from the book that I read. Syabab Musafir Kasih by my very favourite author, Fatimah Syarha. Best novel nie.. kalau rajin, pergi laa review. Fatimah Syarha banyak hasilkan buku buku yang inspired people. Terutame youths yang nak bercinta ikot syariah Islam. Semoga lepas bace, dapat beramal. Aaminnn..