Ahad lepas, aku pegi kenduri kat TM. [ tanjung malim laa ] dah ler lambat sebab tunggu si fuziah, ros and arep balek kem, pastu sampai je depan rumah member kitorang tuh, hujan pulak! Adehh adehhh.. abes kuyup ler kitorang.. then kami pon dapat jadi VVIP, makan kat dalam and tengok pengantin jarak dekat. [ memandangkan dyorang tak bersanding ] aku tengok ahli keluarga yang ade dalam rumah tu, semuenye pakai tudung labuh and masih nampak sangat cantik! Termasuklaa kawan aku yang jemput kitorang kenduri tu. Cume dye nie rock sikit. Tapi, tak dinafikan, setiap kali aku hang out dengan kawan aku name Syahida Ismail nie, aku suke pandang dye. Tak mustahil laa kalau aku kate, sejak aku kenalkan dye dengan budak budak sekolah aku, ramai yang nak tackle dye. Aku pernah tanye dye macam mane dye maintain dengan imej dye sedangkan arus fesyen hampir2 je melenyapkan manusia. Tapi dye tak pernah jawab. Suke dye tinggalkan aku dalam keadaan tertanya tanya. Playing jokes with me.
Then, here’s the part yang interesting. Dah habis makan, tengah sembang sembang, aku terpandang pengantin perempuan. MasyaAllah! Cantiknya dye. Yang buat dye sangat cantek tu bukan sebab make-up nye or busana yang mendedahkan aurat, tapi tudung labuh yang menyempurnakan hijab yang dipakai. Ya Allah! Aku nak menanges waktu tengok pengantin tu. Lame aku tenung dye.. Cantiknya seorang wanita itu terserlah apabila dye menutup auratnya dengan sempurna. Yang paling mengharukan, masih ada lagi HAMBA ALLAH yang mendahulukan tuntutan dan ajaran agame sebelum fesyen yang sentiase diperbaharui mengikut edaran zaman yang superb pantas nie. Make-up yang dipakai pon ala kadar je, tapi still menyerlah di mate tetamu yang hadir tuh.
Then ade pengantin perempuan kedua datang dekat kitorang. Berpurdah! Hanye mate yang dye tinggalkan untuk kitorang tatap. Aku menangis tersentuh. :’( aku terharu sangat… Terharu dengan kesederhanaan kedua pengantin. Kebanyakan pengantin sekarang nie lebih mementingkan pandangan masyarakat daripada pandangan di sisi Allah. Aku ade bace novel2 yang Kak Ni-Ah bagi, semuenye menekan kan kesederhanaan dalam majlis perkahwinan. Tu nanti aku post kemudian. Tapi inilah majlis perkahwinan yang aku idamkan. Sederhana, tak membazir, takde unsur2 maksiat [ percampuran antara lelaki and perempuan ] and tepat dengan tujuan asal kenduri tu diadakan iaitu untuk menjamu orang makan and mengumumkan penyatuan kedua pengantin bagi mengelak fitnah.
Alhamdulillah, aku diberi kesempatan nak melihat benda yang benar, benda yang sepatutnya, benda yang Islam tuntut. Aku ambil experience yang aku lalui nie sebagai satu hidayah. InsyaAllah, aku akan ambil langkah secepatnye untuk ubah diri aku. Takut nanti bertangguh-tangguh, hidayah hilang. :) to my readers pulak, take this as satu pedoman. Aku share experience nie bukan nak show yang aku nie baek sangat. Tak baek mane pon. It just, benda baek. Elok kite spread to people. Benda tak elok, kite simpan sendiri yea.
Jom berfesyen ikot syariah Islam! ^^

No comments:
Post a Comment